Name:
Email Address:
Phone number
Need help? Lose weight
Gain weight
Maintain Good Health
Side income for part time
Full time job

This form powered by Freedback

Sunday 14 July 2013

Jangan makan ketika stress!!

Bismillah..

Menjadi kebiasaan untuk seseorang makan dengan banyak apabila merasa stress terutamanya perempuan. kan? lepas tu mula mengadu berat badan naik macam di pam pam. eh,kau yang makan tak reti nak berhenti lepas tu bising. meh sini nak lepuk.haha

Memang bila makan dengan banyak sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan tapi lepas tu akan memberi kesengsaraan. hehe. ada juga yang bila stress langsung takda selera nak makan. ok,yang ini spesis lain. jadi, apa kata kita cuba ikut tips kat bawah ni. moga dapat membantu :)

Gantikan makanan yang selalu anda makan dengan makanan yang lebih berkhasiat. makan la buah buahan atau jus. kismis pun sedap, macam makan snek.haha. kalau makan kurma pun lagi bagus.banyak khasiat(mentang mentang tengah puasa,terus cakap pasal kurma). KALAU NAK MAKAN JUGA,PERGI TELAN SHAKE HERBALIFE :) INI SERIUS..


Buang semua makanan yang tidak sihat dekat dapur. pergi buka peti ais anda dan nyahkan semua makanan tu hehe. lain kali kalau pergi beli barang, tengok makanan yang sihat sihat je kayh. kalau ternampak jajan dan keluarganya terus tutup mata.LOL. nafsu dan syaitonn je semua tu. jajan langsung tak berkhasiat. say NO to jajan!

Kalau rasa macam tak berjaya juga,cuba alihkan tumpuan tu. telefon la kawan kawan,cerita masalah. cari seorang yang anda boleh percaya.jangan pula nanti cerita anda jadi bahan untuk dijaja.  a shared burden is a lesser burden :) lagipun orang perempuan ni memang suka sangat bercerita,tak reti nak simpan sensorang. eh,ke aku sendiri je haha.

buat la kerja lain. pergi cuci kereta, kemas rumah,sapu laman pun lagi bagus. ada juga faedahnya daripada dok fikir stress yang tak sudah sudah tu. supaya emosi dan perasaan nak makan tu dapat ditolak jauh jauh. takpun buat aktiviti luar. dulu masa belajar,suka pergi jogging sambil pakai earphone. keluar peluh bantu hilangkan stress, sambil sambil dapat bakar lemak.hihi. best!!

yang ini paling simple :) pergi ambil wudu' dan baca surat cinta Allah. baca sampai kita rasa ketenangan tu. tak perlu nak laju laju. nak kejar apa pun. nak lagi best baca la sekali dengan maknanya. motif kita adalah nak buang stress kan. tapi kita kena ingat, Allah tidak membebani umatNya melebihi kemampuan mereka. mungkin stress tu ada kebaikan. cuma kita yang perlu pandai atasi.



ok,renung-renungkan dan selamat beramal ><

No comments:

Post a Comment